Monday, October 3, 2022

AKU JANJI SUKARELAWAN (TASK FORCE) GABUNGAN SUKARELAWAN RAKYAT ( G.S.R. )

 



AKU JANJI SUKARELAWAN

(TASK FORCE)

GABUNGAN SUKARELAWAN RAKYAT MALAYSIA

G.S.R.M.

(GABUNGAN NGO-NGO MALAYSIA)


Sebagai Sukarelawan Task Force di Sekretariat Sukarelawan Rakyat Malaysia, dengan ini berikrar bahawa saya akan mematuhi peraturan-peraturan ini dan tiadalah bila-bila masa bertindak mencemarkan nama baik mana-mana NGO ini,  maka dengan sedaya upaya bahawasanya saya akan:

1. Berpegang teguh pada Rukun Islam & Rukun Negara;

2. Mewarisi sifat-sifat Rahmatul’aalamin, Siddiq, Amanah  Tabligh & Fathanah;

3. Tidak akan berkelakuan sombong dan bongkak, angkuh dan sentiasa bersedia ditegur untuk mempertingkat kualiti diri;

4. Sentiasa melaksanakan tugas dengan ikhlas, jujur, amanah dan setia;

5. Berjanji tidak menipu atau mencuri hak yang bukan milik saya apabila berurusan dengan tugasan harian saya dan berani menegakkan kebenaran;

6. Sentiasa berusaha menjauhi sifat-sifat munafik;

7. Tidak akan menyusahkan sesiapa dalam urusan harian, sentiasa sabar dalam menjalankan amanah dan melaksanakan yang terbaik sesuai dengan tuntutan agama Islam;

8. Sentiasa berlapang dada dan bersangka baik dengan segala cabaran dan ujian;

9. Berjanji berusaha mengatasi sifat-sifat hasad dan dengki jika ada;

10. Sentiasa berjanji dan berusaha membaiki diri saya demi untuk kebaikan organisasi dan juga menjadi individu yang bermanfaat kepada orang lain;

11. Taat kepada semua arahan dan peraturan organisasi dan khalifah kecuali bercanggah dengan tuntutan agama Islam;

12. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin sebagai seorang yang memikul amanah dengan  mematuhi arahan yang diberikan;

13. Berhikmah, menepati masa dan janji-janji ;

14. Bertanggungjawab, sanggup dan bersedia berkorban demi kepentingan agama, bangsa dan negara;

15. Meletakkan kepentingan organisasi ini melebihi dari kepentingan peribadi saya dalam perjuangan mencari keberkatan dan KEREDHAAN Allah;

16. Menjaga akhlak dan tidak berkelakuan buruk yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama dan imej agama Islam;

17. Menjaga silaturahim antara ahli Task Force dan juga mereka yang berurusan dengan kami dan sentiasa berusaha mengelokkan persaudaraan sesama Islam; 

18. Membantu sesama Islam dan sesama manusia sebagai amalan harian dan tidak akan memalukan Islam dengan apa-apa amalan buruk termasuk berbohong, mengumpat, memfitnah dan mencari-mencari kesalahan orang lain;

19. Sanggup dan bersedia membengkok ke belakang bagi membantu saudara seIslam & bukan Islam berdasarkan prinsip keislaman;

20. Berikrar, akan memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut syariat Islam dan berjanji akan menunaikan kewajipan saya untuk berzakat jika didapati layak dan bersama-sama berusaha untuk memperkasakan ekonomi umat Islam.

21. Saya juga sebaik mungkin akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti disamping mengutamakan perusahaan Islam dan menyokong produk-produk yang dikeluarkan oleh orang Islam pembayar zakat.

22. Faham sesungguhnya akan makna “Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam.”

23. Berjanji mematuhi syarat-syarat tambahan yang dikenakan dari semasa ke semasa;

24. Berlapang dada dengan sebarang syarat tambahan yang dituntut ke atas saya demi kepentingan agenda perjuangan.

 

No comments:

Post a Comment

AKU JANJI SUKARELAWAN (TASK FORCE) GABUNGAN SUKARELAWAN RAKYAT ( G.S.R. )

  AKU JANJI SUKARELAWAN (TASK FORCE) GABUNGAN SUKARELAWAN RAKYAT MALAYSIA G.S.R.M. (GABUNGAN NGO-NGO MALAYS...