Monday, October 3, 2022

AKU JANJI SUKARELAWAN (TASK FORCE) GABUNGAN SUKARELAWAN RAKYAT ( G.S.R. )

 



AKU JANJI SUKARELAWAN

(TASK FORCE)

GABUNGAN SUKARELAWAN RAKYAT MALAYSIA

G.S.R.M.

(GABUNGAN NGO-NGO MALAYSIA)


Sebagai Sukarelawan Task Force di Sekretariat Sukarelawan Rakyat Malaysia, dengan ini berikrar bahawa saya akan mematuhi peraturan-peraturan ini dan tiadalah bila-bila masa bertindak mencemarkan nama baik mana-mana NGO ini,  maka dengan sedaya upaya bahawasanya saya akan:

1. Berpegang teguh pada Rukun Islam & Rukun Negara;

2. Mewarisi sifat-sifat Rahmatul’aalamin, Siddiq, Amanah  Tabligh & Fathanah;

3. Tidak akan berkelakuan sombong dan bongkak, angkuh dan sentiasa bersedia ditegur untuk mempertingkat kualiti diri;

4. Sentiasa melaksanakan tugas dengan ikhlas, jujur, amanah dan setia;

5. Berjanji tidak menipu atau mencuri hak yang bukan milik saya apabila berurusan dengan tugasan harian saya dan berani menegakkan kebenaran;

6. Sentiasa berusaha menjauhi sifat-sifat munafik;

7. Tidak akan menyusahkan sesiapa dalam urusan harian, sentiasa sabar dalam menjalankan amanah dan melaksanakan yang terbaik sesuai dengan tuntutan agama Islam;

8. Sentiasa berlapang dada dan bersangka baik dengan segala cabaran dan ujian;

9. Berjanji berusaha mengatasi sifat-sifat hasad dan dengki jika ada;

10. Sentiasa berjanji dan berusaha membaiki diri saya demi untuk kebaikan organisasi dan juga menjadi individu yang bermanfaat kepada orang lain;

11. Taat kepada semua arahan dan peraturan organisasi dan khalifah kecuali bercanggah dengan tuntutan agama Islam;

12. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin sebagai seorang yang memikul amanah dengan  mematuhi arahan yang diberikan;

13. Berhikmah, menepati masa dan janji-janji ;

14. Bertanggungjawab, sanggup dan bersedia berkorban demi kepentingan agama, bangsa dan negara;

15. Meletakkan kepentingan organisasi ini melebihi dari kepentingan peribadi saya dalam perjuangan mencari keberkatan dan KEREDHAAN Allah;

16. Menjaga akhlak dan tidak berkelakuan buruk yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama dan imej agama Islam;

17. Menjaga silaturahim antara ahli Task Force dan juga mereka yang berurusan dengan kami dan sentiasa berusaha mengelokkan persaudaraan sesama Islam; 

18. Membantu sesama Islam dan sesama manusia sebagai amalan harian dan tidak akan memalukan Islam dengan apa-apa amalan buruk termasuk berbohong, mengumpat, memfitnah dan mencari-mencari kesalahan orang lain;

19. Sanggup dan bersedia membengkok ke belakang bagi membantu saudara seIslam & bukan Islam berdasarkan prinsip keislaman;

20. Berikrar, akan memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut syariat Islam dan berjanji akan menunaikan kewajipan saya untuk berzakat jika didapati layak dan bersama-sama berusaha untuk memperkasakan ekonomi umat Islam.

21. Saya juga sebaik mungkin akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti disamping mengutamakan perusahaan Islam dan menyokong produk-produk yang dikeluarkan oleh orang Islam pembayar zakat.

22. Faham sesungguhnya akan makna “Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam.”

23. Berjanji mematuhi syarat-syarat tambahan yang dikenakan dari semasa ke semasa;

24. Berlapang dada dengan sebarang syarat tambahan yang dituntut ke atas saya demi kepentingan agenda perjuangan.

 

JENIS-JENIS AHLI

 1. AHLI AKTIVIS

2. AHLI SUKARELAWAN

3. AHLI RAKAN

4. AHLI SAHABAT

5. AHLI PENTADBIRAN

Thursday, February 3, 2022

TAWARAN MENJADI AHLI PETUGAS KHAS “TASK FORCE GABUNGAN SUKARELAWAN RAKYAT MALAYSIA (GSRM) BERSAMA BEBERAPA NGO SEPERTI GABUNGAN NGO ISLAM MALAYSIA, PERSATUAN PERGERAKAN KEADILAN, KEAMANAN DAN KEMANUSIAAN ANTARABANGSA, GPMC DAN PPIM BERSAMA GABUNGAN-GABUNGAN LAIN

GSRM selaku koordinator bagi Gabungan NGO Malaysia telah melaksanakan misi sukarelawan bagi melaksanakan kerja-kerja sukarelawan seperti melakukan kerja-kerja kebajikan umpamanya kerja-kerja kesedaran masyarakat seperti membela rakyat, boikot zionis, keperihatinan terhadap alam sekitar, agenda agama, bangsa dan negara. Prihatin terhadap mangsa banjir, menjaga kawasan kejiranan dan membantu golongan kurang upaya atau pesakit. 

Usaha murni ini merupakan platfom terbaik dalam memecahkan tembok dan juga merapatkan jurang di antara kerajaan, NGO dan masyarakat.

Beberapa kategori ahli disediakan bagi menjadi pilihan kepada bakal-bakal sukarelawan menepati skil dan professionalisma masing-masing. Antaranya : 

a. Perundangan

b. Perubatan & Kesihatan

c. Kewangan & Perbankan

d. Pembinaan

e. Pengangkutan

f. Perhubungan Awam & Akhbar

g. IT & Media

f. Makanan Asas & Perladangan

g. Survival Kendiri

h. Lain-lain


Antara faedah yang diperoleh oleh individu yang menyertai pertubuhan sukarela bersama kami.

1.  Pengisian masa terluang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti melakukan kerja-kerja membantu mangsa banjir di pusat pemindahan banjir. Ia mampu meningkatkan “Self Satisfaction” kepada peserta sebagai perjuangan mencapai matlamat kejiwaan dalam diri.

2. Dapat menambahkan pengetahuan dalam perjuangan menegakkan agenda ummah.

3. Dapat meningkatkan skil pengetahuan kecemasan seperti teknik menyelamat mangsa dan ilmu pertolongan cemas. Pengetahuan ini dapat menjadi bekalan kepada mereka untuk menghadapi kehidupan pada masa depan. 

4. Memperolehi pendedahan sebenar tentang isu-isu semasa terus dari mangsa dan mereka yang terlibat langsung terhadap sesuatu peristiwa.

5. Sentiasa dapat menjadi medium kepada seseorang individu untuk memperoleh pengetahuan baharu dalam hidup mereka.

6. Dapat menjadi platform untuk memupuk nilai-nilai murni seperti baik hati, keikhlasan dan semangat bermasyarakat.

7. Para belia pula dapat menimba pengalaman dan pengetahuan. 

8. Aktiviti bersama kami juga diyakini akan meningkatkan tahap kesihatan minda yang lebih baik kerana banyak assignment yang memerlukan kebolehan Analisa dan Tindakan Penyelesaian Krisis.

9. Aktiviti bersama kami juga memerlukan pergerakan fizikal yang aktif yang mana ia dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan psikologi. Badan yang cergas dapat membentuk otak yang cerdas.

10. Mengukuhkan jaringan sosial sukarelawan antaranya melalui Kerjasama NGO, bantuan tenaga, perkongsian ilmu dan pemindahan teknologi. 

11. Kami memiliki jaringan professional yang mantap menerusi pelbagai rakan professional pakar yang bersama dalam rangkaian NGO TASK FORCE ini. Aktiviti-aktiviti tersebut merupakan “lubuk” terbaik bagi sukarelawan menimba pengalaman secara terus daripada pakar-pakar dan juga profesional dari industri.

12. Khidmat nasihat dari pakar-pakar rujuk pelbagai bidang. 

Dengan penyertaan yang aktif ini, diharapkan rakyat Malaysia yang memiliki nilai murni yang mulia akan dapat dilahirkan dalam usaha mewujudkan masyarakat yang lebih aktif dan bijak bertindakbalas terhadap isu-isu semasa.

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam usaha memperluaskan kegiatan kesukarelawan menerusi TASK FORCE ini. Transformasi minda secara konsisten dengan menyediakan ruang dan peluang yang luas bersama perjuangan badan-badan bukan kerajaan serta komuniti adalah diperlukan dalam memastikan nilai jatidiri inidapat diteruskan oleh generasi kini dan akan datang secara mampan.

DAFTARLAH SEGERA BERSAMA DALAM PERJUANGAN KAMI

Tel : 011-22000-111


AKU JANJI SUKARELAWAN (TASK FORCE) GABUNGAN SUKARELAWAN RAKYAT ( G.S.R. )

  AKU JANJI SUKARELAWAN (TASK FORCE) GABUNGAN SUKARELAWAN RAKYAT MALAYSIA G.S.R.M. (GABUNGAN NGO-NGO MALAYS...